13 Februari 2017 - 16:46
Tentera Syria Patahkan Serangan Pengganas Di Daraa

Tentera Syria berjaya mematahkan sebuah serangan yang dilancarkan oleh kumpulan pengganas Jabhat Fatah al-Sham -sebelumnya dikenali sebagai Jabhat al-Nusra- di bandar Daraa, lapor media tempatan pada hari Isnin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Syria berjaya mematahkan sebuah serangan yang dilancarkan oleh kumpulan pengganas Jabhat Fatah al-Sham -sebelumnya dikenali sebagai Jabhat al-Nusra- di bandar Daraa, lapor media tempatan pada hari Isnin.

Para pengganas melancarkan serangan ke atas kejiranan al-Manshiyeh yang terletak di bandar tersebut. Akan tetapi mereka menemui tentangan sengit daripada tentera kerajaan. Di dalam pertempuran itu, mereka mengalami kerugian yang besar dari sudut tenaga manusia dan juga perkakasan. Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita SANA yang menukilkan sumber daripada pihak tentera sendiri.

Menurut sumber yang sama, beberapa anggota kumpulan pengganas itu juga berjaya ditawan.

Bandar Daraa terletak di selatan Damsyik dan kini dikawal oleh pihak kerajaan.

Jabhat al-Nusra adalah sekutu al-Qaeda di Syria.

/315